Pages

Wednesday, August 10, 2011

Baling anak ke dinding

KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.
Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini.

“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.


“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya.

Sumber Harian Metro

Note: sungguh kejam ibu kanak2 tersebuk sampai sanggup baling anak...kalu yer pun geram...ko pg lah baling lesung batu kat laki ko...

3 comments:

  1. gila ape?!
    aduhai..
    dari dia bling anak,baik dia balik peti ais ker..
    mesin basuh ker..
    baru thu kuat.
    tak pun kdia angkat laki dia pastu dia baling la..
    ni anak dia gi baling buat ape?!

    ReplyDelete
  2. tu la...manusia ni kalu dah marah kdg2 hilang pertimbangan...kdg tak masuk akal pun!

    ReplyDelete
  3. Geram kn...rse cam nk blg jek mak dia ke dndng

    ReplyDelete

PIXAJOY